TintaCinta.puisi
Khairool Haque
Versi Pertama, 28 November 2007, Yung Loh Road
Kemaskini, 8 Ogos 2009, Changi Road
Dibaca, 8 Ogos 2009, Aspirant Unplugged Session,
Al-Wehdah Arab Association
5 Okt
Tinta Cinta
4 Okt
Wabak Itu
WabakItu.puisi
Khairool Haque
Versi Pertama, 31 Julai 2009
Perjalanan MRT daripada Woodlands ke Raffles Place
Dibaca, 31 Julai 2009, Sari Suara Karya, ARUSS
Arts House
27 Sep
Bicara Pada Jiwa
Shaykh Rohimuddin Nawawi waktu acara Sari Suara Karya edisi istimewa ‘Melayar Perahu Fansuri’.
Bicara Pada Jiwa.
Ingin kuberlayar
di atas perahu fansuri
dalam ketiadaan.
27 Sep
Memperkenalkan. Madihul Mustofa.
Kumpulan ini terdiri daripada pelajar Singapura yang telah/sedang belajar di Syria.
Madihul Mustofa sewaktu Aspirant Unplugged Session
Madihul Mustofa sewaktu Sari Suara Karya edisi istimewa ‘Melayar Perahu Fansuri’
Sebenarnya faqir sedang menguji sekiranya berjaya memasukkan video ke dalam entri di wordpress.
Semoga bermanfaat.
26 Sep
In the Presence of the Beloved s.a.w
Majlis Raudhotul Muhibbin is pleased to organise an international conference on Prophet Muhammad s.a.w entiled
‘In The Presence of The Beloved’
26 Sep
Biodata of Speakers for Conference on Prophet Muhammad s.a.w
‘In Presence of the Beloved s.a.w’
About the speakers for the conference on Prophet Muhammad s.a.w held at Masjid Mujahidin on 10 and 11 October 2009 entitled
‘In the Presence of the Beloved’.
Shaykh Yusuf al Hasani (Canada)

Shaykh Yusuf Muhyiddin Riq al-Bakhur al-Hasani spent his early years studying in Lebanon. He received his Islamic Study Degree from the Fiqh Institute. He also holds a Bachelor’s and Master’s Degree in al-Syariah wa al-Qanun from Al-Azhar University. In 1991, he was conferred with an honorary doctorate from Islamic University of Lebanon. He was chosen as the youngest representative of his spiritual guide Shaykh Abdul Qadir Isa in the tariqah As-Syazuliyah Ad-Darqowiyah and was given authorisation as a spiritual guide in the that tariqah. He also took bai’ah from guides of other tariqah and was given authorisation as a spiritual guide in that tariqah. Among them are, Shaykh Soleh Farfur (Syazuliyah), Shaykh Sayyid Muhammad bin Sayyid ‘Alawi Al-Maliki (Alawiyah), Shaykh Uthman Sirajuddin An-Naqsyabandi (Naqsyabandiyah), Shaykh Muhammad Na’im Al-Jailani Al-Asyarafi (Qadiriyah) and Shaykh Muhammad Zaki Ad-Din Ibrahim (Asyirah Muhammadyah). He is also the mursyid of tariqah Al-Asyirah Al-Muhammadiyah in Hamilton, Canada. For many years, he spreads the message of Islam in countries such as Syria, Canada, Egypt and South East Asia. In addition, he founded the Dar al-Hasani Centre which educates his students in Egypt and is a member of numerous religious councils around the world. Terus membaca
26 Sep
Programme for Conference on Prophet Muhammad s.a.w
‘In the Presence of The Beloved s.a.w’
Programme for Day 1 (10 October 9am – 6pm)
- Quranic Recitation
- Qasidah Performance – Shaykh Bahrudin
- Opening Speech by organiser, Majlis Raudhotul Muhibbin Singapura
- Keynote Speech: The Reality of Prophet Muhammad s.a.w by Shaykh Yusuf al Hasani
- Poetry recitation on Prophet s.a.w by Khairool Haque Terus membaca
26 Sep
Debu – Salawat Buat Ahmad (Unplugged)
Persembahan oleh Debu sewaktu The Aspirant Unplugged pada 8 Ogos 2009.
Ya Allah salli ala Ahmad,
Yakni Muhammad Mustafa,
Ya Wahid, Ahad dan Samad,
Salli ala Rasul Allah.
Salli aleyhi wa sallim,
Nabi dan Rasul hidayah,
Nabi Allah, Maha Karim,
Intisarinya cahaya.
Salawat atas Muhammad,
Dan atas keturunannya,
Salli aleyhim, Ya Ahad,
Rasul dan keluarganya.
Kirimkanlah salawatMu,
Kayak yang sudah dikirim,
Yang dikirim zaman dulu,
Pada nabiMu Ibrahim.
Salawat yang tanpa batas,
Pada Muhammad Mustafa,
Kayak yang dikirim atas,
Ibrahim dan turunannya.
Biarkan salawat yang ini,
Menjadi didalam sorga,
Nur dan cahaya yang murni,
Seperti seribu surya.
Matahari dalam dunia,
Terbenam senantiasa,
Tetapi seribu surya,
Yang itu luar biasa.
Seribu matahari ini,
Yang datang dari salawat,
Tetap cemerlang begini,
Dalam dunia dan akhirat.
Klik di sini untuk melihat gambar-gambar sewaktu persembahan mereka di Singapura.
26 Sep
Kembali
Kembali daripada sepi diri di dalam blog ini. Terima kasih kepada yang masih mengunjung. Maaf kerana menghilang tanpa berita. Terlalu banyak perkara yang berlaku. Terlalu banyak pengajaran dan pelajaran yang diraih. Terlalu banyak. Ramadhan menghilang ditinggalkan waktu. Syawal datang dengan silaturrahim antara keluarga terjalin dengan lebih kukuh. Peperiksaan berlalu dan keputusan diterima. Faqir bukan pengejar angka. Segalanya diterima dengan hati yang terbuka, alhamdulillah. Faqir ingin berkongsi sedikit mengenai aktiviti yang dilakukan sebelum Ramadhan. Mungkin faqir akan menjelaskannya dengan lebih lanjut dalam entri berikut, mungkin tidak.
1. Sesi Bicara Karya MRT sempena Kempen Baca! Singapura (25 Julai 2009)
Acara ini dijalankan di Perpustakaan Queenstown pada tarikh 25 Julai 2009. Karya yang dibicarakan ialah cerpen ‘MRT’, sebuah cerpen yang ditulis lebih daripada setahun yang lalu. Terima kasih kepada Saudara Herman Rothman yang menjemput faqir menghadiri acara dan berkongsi sedikit mengenai karya yang telah faqir tulis. Terima kasih juga kepada yang sudi menghadiri untuk mendengar sedikit kisah di sebalik karya yang ditulis. Mudah-mudahan bermanfaat bagi para pelajar.


22 Jul
Sesi Bertemu Penulis dan Perbincangan Sastera mengenai Cerpen ‘MRT’ bersama Khairool Haque
Assalamualaikum wr. wb.
Semua dijemput untuk menghadiri acara,
Sesi Bertemu Penulis dan Perbincangan Sastera mengenai cerpen ‘MRT’ bersama Khairool Haque (pemenang tempat pertama Sayembara Cerpen Menengah 2008 anjuran Asas 50 dengan sokongan MLLPC, MOE) sempena kempen Baca! Singapura.
Tarikh/Masa:
Sabtu 25 July 2009, 11 pagi-12.30 petang
Tempat:
Programme Zone L1,
Queenstown Public Library
53, Margaret Drive Singapore 149297
Lokasinya di sini.
Buat pengetahuan semua, antologi cerpen Perjalananku akan digunakan dalam sesi perbincangan ini. Beberapa buah buku antologi cerpen Perjalananku juga akan diberikan pada hari tersebut. Ia juga boleh dipinjam di semua cawangan perpustakaan NLB.
Jumpa di sana.
Sekian, terima kasih.
Wassalam,
Khairool Haque
*Antologi cerpen Perjalananku merupakan himpunan karya cerpen yang dihantar bagi Sayembara Pelajar Menengah yang dianjurkan oleh Asas 50 dengan sokongan MLLPC. Ia memuatkan karya faqir yang bertajuk ‘MRT’ yang memenangi pertandingan tersebut.
